SUKAN MALAYSIA IX, 2002
PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW
- PERATURAN AM
- Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini
akan dijalankan menurut Undang-undang Permainan Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa
(ISTAF) yang berkuatkuasa pada ketika ini.
- Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka
Undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
- Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan atau undang-undang
berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-
- Semua kejadian am akan diputuskan berasas kepada PERATURAN AM SUKAN
MALAYSIA IX, 2002.
- Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasas kepada Undang-undang
dan Persatuan Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF).
- Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
Sepak Takraw SUKAN MALAYSIA IX, 2002 adalah muktamad.
- 05 Sept hingga 10 Sept, 2002
- Dewan Masyarakat,
Papar, Sabah.
- PENYERTAAN
- Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan Negeri, Polis DiRaja Malaysia
(PDRM), Universiti-universiti Malaysia (MASUM) dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Malaysia (MSSM). Penyertaan hendaklah dibuat melalui Majlis Sukan masing-masing.
Setiap Negeri, PDRM, MASUM dan MSSM boleh mendaftarkan satu (1) pasukan sahaja
terdiri daripada:- Pengurus Pasukan 1 orang Jurulatih Pasukan 1 orang Pemain
12 orang Pengadil 1 orang Jumlahnya 15 orang
- Antara REGU :- Setiap pasukan terdiri daripada dua (2) REGU dengan empat
(4) orang pemain setiap REGU.
- Antara PASUKAN :- Setiap pasukan terdiri daripada tiga (3) REGU dengan sembilan
(9) orang pemain dan tiga (3) orang pemain simpanan.
UNDANG-UNDANG AM
- PENGADIL, PENJAGA GARISAN & PEMBANTU TEKNIKAL
- Semua pasukan dikehendaki membawa seorang (1) Pengadil yang bertauliah
(KEBANGSAAN) setelah dipersetujui juga oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia.
- Semua Penjaga Garisan yang akan bertugas mestilah daripada Pengadil-pengadil
NEGERI yang akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola setelah persetujuan
diperolehi daripada Persatuan Sepak Takraw Negeri selaku tuan rumah.
- Pembantu-pembantu Teknikal yang akan bertugas akan dilantik oleh Jawatankuasa
Pengelola.
- Segala keputusan yang telah dibuat oleh Pengadil berkaitan Undang-Undang
Permainan adalah muktamad.
- TATATERTIB & PENGGANTUNGAN
- Semua Pengurus/Jurulatih dan pemain-pemain yang berdaftar dikehendaki
menyertainya dengan penuh semangat kesukanan dan muhibah, disamping menghormati
dan mematuhi segala Undang-undang dan Peraturan yang ditentukan.
- Mana-mana pemain yang telah diberi amaran dengan dua (2) kali KAD KUNING
oleh Pengadil bertugas dengan sendirinya digantung satu (1) perlawanan berikutnya.
- Mana-mana pemain yang menerima KAD MERAH daripada Pengadil bertugas yang
diarah keluar gelanggang, dan tindakan tatatertib akan diambil ke atasnya.
Pemain berkenaan tidak dibenarkan bermain dalam pertandingan berikutnya
sehingga Jawatankuasa Tatatertib PSM mengambil sesuatu keputusan.
- PENGADIL, PENJAGA GARISAN & PEMBANTU TEKNIKAL
1. Semua pasukan dikehendaki membawa seorang (1) pengadil yang bertauliah(kebangsaan)setelah
dipersetujui juga oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia(PSM).
2. Semua Penjaga Garisan yang akan bertugas mestilah daripada Pengadil-pengadil
NEGERI yang akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola setelah persetujuan
diperolehi daripada Persatuan Sepak Takraw Negeri selaku tuan rumah.
3. Pembantu-pembantu Teknikal yang akan bertugas akan dilantik oleh Jawatankuasa
Pengelola.
4. Segala keputusan yang telah dibuat oleh Pengadil berkaitan Undang-Undang
Permainan adalah muktamad.

©Linas Corporation