Sejarah

 

Perkataan sepak takraw sebenarnya berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu sepak daripada perkataan dalam Bahasa Melayu manakala perkataan takraw pula berasal daripada perkataan dalam Bahasa Thai yang bermaksud bola.Dengan itu lahirlah perkataan sepak takraw.

Seperti yang telah kita ketahui,asalnya sepak takraw hanya dimainkan dalam bentuk bulatan di mana bola rotan ditimang seberapa banyak yang boleh selagi menggunakan anggota yang dibenarkan.Kemudian permainan sepak takraw ini telah diubah suai menjadi satu permainan gelanggang yang kian diminati.Sehingga hari ini sepak takraw telah menjadi satu permainan yang dipertandingkan dalam sukan-sukan terkemuka dunia dan kiankian dikenali mengikut nama yang berbeza mengikut negara.

Sepak takraw dikenali dengan nama berbeza mengikut negara:

  • Malaysia = Sepak Raga
  • Singapura = Sepak Raga @ Sepraga
  • Thailand = Takraw
  • Brunai = Sepak Raga Jala Burma @ Ching Loong
  • Indonesia = Rago
  • Laos = Kator


©Linas Corporation™