Make your own free website on Tripod.com
Borang-borang yang diperlukan untuk satu Pertandingan
  1. Borang Pendaftaran Pasukan/Regu
  2. Borang Pertukaran Pemain
  3. Borang Bantahan Rasmi
  4. Borang Hitungan Mata
  5. Borang Keputusan Perlawanan (untuk acara berpasukan)
Contoh Organisasi Pengelolaan Pertandingan Sepaktakraw
  1. Penasihat
  2. Pengerusi
  3. Naik Pengerusi
  4. Setiausaha/Penolong
  5. Setiausaha
  6. Bendahari
  7. JawatanKuasa: Teknik, Gelanggang/Persiapan, Pengadil, Peralatan, Miniman, Juri Rayuan, Pembukaan/Penuntup, Hadiah/Cenderahati, Jamuan, Keselamatan, Perubatan, Perhubungan, Penginapan/Makanan, Pengangkutan dan sebagainya.

 

B. Format Pertandingan


1. Pertandingan kalah Mati

Cara ini amat mudah menjimatkan masa dan wang. kelemahannya ialah kebolehan Pasukan atau Pemain sukar ditentukan kerana Pasukan yang kalah tidak dapat bertandingan lagi. Sistem pertandingan ini amat terkenal.

 Langkah pertama yang perlu diambil untuk mengelolakan pertandingan ini ialah menentukan kedudukan Pasukan-Pasukan dengan cara undian. Kedudukan Pasukan ditetapkan oleh nombor yang dicabut jika terlalu banyak Pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan-Pasukan ini perlulah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dengan caera undian.

Sekiranya jumlah Pasukan tiap Kumpulan bersama gandaan '2' (2,4,8,16,32,64.....), maka akan wujud 'Pasukan Menunggu' (bye). 'Bye' cuma dibenarkan pada Pusingan Pertama Pertandingan sahaja. Cara kiraan 'bye' adalah seperti berikut:

Angka Gandaan terdekat seterusnya TOLAK Jumlah Pasukan

Jumlah Pertandingan = Jumlah Pasukan Tolak 1

Contoh: 1. Pertandingan yang melibatkan 2 pasukan

    Gadaan terdekat seterusnya = 16
    Jumlah 'bye' = 16 - 12 = 4 Pasukan

2. Pertandingan yang melibatkan 7 Pasukan
    Gadaan terdekat seterusnya = 8
    Jumlah 'bye' = 8 - 7 = 1 Pasukan


©Linas Corporation™