Pengenalan

Sepak takraw merupakan satu permainan yang telah wujud sejak zaman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee lagi.Zaman sebelum itu,sepak takraw belum lagi dimainkan secara gelanggang dan ia hanya dimainkan secara bulatan yang dipanggil sepak raga.Sepak raga hanya menggunakan sebiji bola yang diperbuat daripada rotan.


Ia dimainkan secara bulatan dan ditimang seberapa banyak yang boleh. Namun beberapa tahun kemudian,permainan sepak takraw ini telah di ubahsuai dan mula dimainkan secara gelanggang sepertimana permainan sepak takraw yang dapat kita saksikan hari ini.

Hari ini kita dapat saksikan bahawa permainan sepak takraw amat menarik kepada penggemarnya kerana sukan ini mempunyai tarikan yang tersendiri sehingga menjadi satu kegilaan bagi peminat-peminat sukan ini dengan aksi libasan dan akrobatik yang merbahaya.



©Linas Corporation™